Program Pemutihan PATI – Helah BN Untuk Daftar Pengundi Hantu
Antara tuntutan BERSIH 2.0 yang terkandung dalam memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong adalah penggunaan dakwat kekal sebagai tanda bahawa seseorang pegundi itu telah mengundi dan juga pembersihan Daftar Pemilih.
Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan tidak berminat langsung dengan penggunaan dakwat kekal seperti yang dicadangkan oleh BERSIH 2.0 itu tetapi mereka lebih berminat dengan penggunaan Sistem Biometrik yang bagi mereka ianya lebih praktikal.
Keengganan SPR untuk menerima sistem yang ternyata lebih murah dan berkesan seperti yang dicadangkan BERSIH menimbulkan keraguan.
Dalam keadaan di mana Pilihanraya semakin hampir, tidak mustahil dolak-dalih SPR ini sebenarnya ada kena mengena dengan pilihanraya.
Setelah kes Mismah dibongkarkan, kita terkejut dengan betapa mudahnya sebenarnya pengundi hantu boleh didaftarkan dengan cara yang sama.
Dengan masalah demi masalah yang dilaporkan mengenai program pendaftaran PATI dalam sistem biometrik dan kemudiannya dilanjutkan lagi tarikh pendaftaran menguatkan lagi syak wasangka kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Kelonggaran demi kelonggaran yang diberikan kepada PATI walaupun ia hanya membebankan negara pastinya bersebab. Kerajaan mensasarkan sehingga 2,000,000 PATI dan tidak mustahil pendaftaran mereka akan dimanipulasi untuk diberikan taraf kerakyatan sekali gus hak mengundi dalam pilihanraya akan datang.
BN sememangnya terdesak untuk menambah penyokong. Menyedari rakyat semakin menolak BN, usaha terdesak seperti mendaftarkan PATI sebagai pengundi adalah tidak mustahil.
Nampaknya, peluang rakyat untuk mendapat pilihanraya yang adil semakin tipis..
Oleh : Azman Ariffin
Artikel Berkaitan: