Isu Murtad : Proses Siapkan Laporan Lengkap

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah
2 min read

 


Isu Murtad : Proses Siapkan Laporan Lengkap

SHAH ALAM:  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda berhubung kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Majlis Makan Malam Muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama, baru-baru ini.

Abdul Khalid berkata beliau kini sedang menyiapkan laporan lengkap berhubung insiden itu di samping menunggu laporan lengkap Jais sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

“Jais juga akan menyediakan laporan lengkap mereka berhubung hasil siasatan dan kajian mereka sementara Pejabat Menteri besar pula akan melihat dari segi undang-undang, oleh sebab itu ianya mengambil masa kerana untuk menghasilkan laporan lengkap kita mengambil kira kesemua aspek ini,”katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas merasmikan kempen Kibar Jalur Gemilang Peringakat Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan SUK.

Bagaimanapun,Abdul  Khalid tidak menyatakan tarikh dan waktu untuk menghadap Sultan Selangor.

Menurut Abdul Khalid lagi, tindakan selanjutnya dalam menyelesaikan permasalahan seperti itu supaya tidak berulang di masa hadapan hanya akan diputuskan selepas beliau menghadap Sultan Selangor.

“Cara bagaimana kuasa yang kita ada untuk menahan penyebaran-penyebaran agama lain disebarkan kepada masyarakat Islam, tetapi apakah cara-cara yang terbaik? Ini adalah antara jawapan yang perlu saya cari sebelum saya mengadakan perbincangan yang penuh (bersama) Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan,”katanya lagi.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid turut menjelaskan laporan yang akan dipersembahkan kepada Sultan itu termasuk status sebenar gereja tersebut yang sebelum ini didakwa sebagai ‘gereja haram’ ekoran kelulusan bangunan daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) adalah untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja.

“Saya tidak mengatakan ia (Gereja Methodist Damansara Utama) melanggar kelulusan binaan tetapi kajian yang kami lakukan termasuk perkara ini, kami juga mengambil data-data berkaitan perkara ini,”jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan:

  • Video Murtad: Tak Perlu Layan, Kata Pas
  • Abdul Aziz Serahkan Peluru Dan Surat Ugutan
  • Isu Murtad: PAS Curiga Bukti Dipelopori Blog Pro-Umno
  • Setiausaha Agung PAS: Saya Ada Bukti Campur Tangan Umno Dalam Operasi Jais
  • Pertemuan PAS-JAIS Batal Atas Nasihat Sultan
  • Anda mungkin menyukai postingan ini

    •  Wan Azizah Berbeza Dari RosmahDALAM temubual dengan Malaysiakini, Datin Seri Wan Azizah berdoa agar dijauhkan dari menjadi seperti Rosmah.  Tak perlu bimbang, Datin Seri…
    •  ‘Najib Spinning A Pipe Dream’PETALING JAYA :   DAP veteran Lim Kit Siang said Malaysia could never be the “best democracy in the world” when there are other repressive l…
    •  Adakah Rosli Dhoby Juga PengkhianatMIRI:  “Jadi bagaimana pula dengan nasib Rosli Dhoby (gambar), adakah beliau juga dianggap pengkhianat negara kerana membunuh gabenor …
    •  Wan Azizah Is The Opposite Of RosmahIN an interview with Malaysiakini, Datin Seri Wan Azizah prayed that God forbid for her to ever become like Rosmah.  Well, you don’t …
    •  Suara Pakatan RakyatDALAM beberapa hari selepas Perdana Menteri Najib Razak memberi perutusan “perubahan” sempena sambutan Hari Malaysia ke-48 baru-baru ini, pelbagai pandang…
    •  hudud0 Suara Rakyat / September 26, 2011 8:55 pmZaid – Anwar Gambling With Hudud0 Suara Rakyat / September 26, 2011 3:02 pmKUALA LUMPUR :   Public support for Oppos…

    Posting Komentar