Wan Azizah Berbeza Dari Rosmah

DALAM temubual dengan Malaysiakini, Datin Seri Wan Azizah berdoa agar dijauhkan dari menjadi seperti Rosmah

 


Wan Azizah Berbeza Dari Rosmah

DALAM temubual dengan Malaysiakini, Datin Seri Wan Azizah berdoa agar dijauhkan dari menjadi seperti Rosmah.  Tak perlu bimbang, Datin Seri, kerana anda sememangnya berbeza bagai langit dengan bumi dengan Rosmah.

Datin Seri Wan Azizah disanjung kerana kekuatannya berdiri teguh di samping suaminya dalam apa jua keadaan – menempuhi sungai Buloh, ancaman arsenik, menempuhi isu DNA dan jam omega, menempuhi mahkamah dan pita video.  Beliau menyifatkan segalanya sebagai ujian dari Allah dan tidak pernah putus asa untuk melihat takhta di hujung terowong.

Walaupun dari segi material, beliau mungkin tidak banyak berbeza dari Rosmah di mana beliau punya kemampuan untuk ke mana saja ke serata dunia sesuka hatinya, Datin Seri Wan Azizah tetap merendah diri.  Tidak seperti Rosmah, Datin Seri Wan Azizah memaparkan erti sebenar ‘wanita di belakang lelaki’.  Beliau mungkin Presiden sebuah parti politik, tetapi beliau tahu tempatnya bila berurusan dengan suaminya -  iaitu di no. 2.  Tidak seperti Rosmah yang sering dikritik kerana cuba menjadi no. 1.

Datin Seri Wan Azizah menerima hakikat bahawa parti PKR ditubuhkan oleh suaminya kerana suaminya dan beliau tidak berniat untuk mengenepikan suaminya walaupun dikritik sebagai tidak bertindak sebagai Presiden yang sebenar.  Namun akhirnya, semua ahli parti menerima hakikat ini dan dengan itu, rasa hormat kita kepada wanita luar biasa ini semakin meninggi.

Lebih dari itu, Datin Seri Wan Azizah juga seorang ibu yang membesarkan anak-anaknya dengan baik.  Tiada seorang pun dari anak-anaknya yang meragui bapa mereka tak kira apa yang diperkatakan dan dilaporkan oleh media serata dunia.  Beliau tentunya telah mengajar mereka dengan baik untuk membela ketua keluarga dan menutup mata dan telinga terhadap apa-apa jua yang negative mengenainya.  Beliau menyatakan bahawa keluarga adalah segala-galanya dan tiada sebab untuk siapa jua di antara mereka untuk mengesyaki ahli keluarga sendiri terutamanya bapa mereka.

Tidak ramai wanita mempunyai kekuatan seperti Datin Seri Wan Azizah.  Kebanyakan wanita akan mula meragui dan mengesyaki suaminya setelah dipersembahkan dengan bukti forensic dan saintifik.  Tetapi Datin Seri Wan Azizah tidak berganjak, tidak sedetik pun hatinya meragui suaminya.

Dan kebanyakan ibu-ibu mahukan agar anak-anak mereka menegakkan kebenaran walaupun iainya memeritkan tetapi Datin Seri Wan Azizah mengajar anak-anaknya bahawa merekalah kebenaran itu.  Tiada siapa yang boleh menyatakan sebaliknya, tidak para saintis, doktor, polis, hakim, pendakwa atau seorang Perdana Menteri atau dua orang Perdana Menteri.

Bukanlah keterlaluan untuk mengatakan yang Datin Seri Wan Azizah adalah tunjang parti PKR.  Tanpa kekuatannya, kepercayaannya pada suaminya, kebijaksanaannya dalam membesarkan anak-anaknya, parti ini tentu telah lama hancur.  Tiada siapa yang akan mempercayai Dato’ Seri Anwar Ibrahim jika Datin Seri Wan Azizah memilih untuk tidak berjuang bersama-samanya.   Apa yang beliau perlu lakukan hanyalah berdiam diri sejak dari mula dan semua orang akan meraguai suaminya sejak awal lagi.

Ini membuktikan yang Datin Seri Wan Azizah bukanlah Rosmah Mansor.   Rosmah tidak mungkin punya kekuatan yang sama jika Najib terpaksa berundur dalam masa terdekat.  Datin  Seri Wan  Azizah adalah anugerah Tuhan yang sebenarnya sepertimana yang digambarkan terhadap suaminya.   Tidak mungkin ada wanita lain, isteri lain atau ibu lain sekuat dan setia sepertinya.

Oleh:  Jonathan Ong

Artikel Berkaitan:

  • Mutiara Rosmah: Bravo Suara Keadilan
  • Hadir Mesyuarat Tertutup Belanjawan 2012, Siapa Rosmah?
  • Rosmah Tidak Semestinya Liabiliti Bagi Najib
  • Wan Azizah Is The Opposite Of Rosmah
  • Video Seks: Wan Azizah Tetap Yakin Anwar Tak Terlibat
  • Posting Komentar