Isu JAIS Serbu Gereja, Dua Pihak Perlu Duduk Semeja- BIPPA

Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BiPPA), Ahmad Kasim menyeru Jabatan Agama Islam
2 min read


Isu JAIS Serbu Gereja, Dua Pihak Perlu Duduk Semeja- BIPPA

KUALA LUMPUR :   Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BiPPA), Ahmad Kasim menyeru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak Gereja Methodist Damansara Utama mengadakan pertemuan untuk berbincang.

Ia katanya adalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat  berhubung isu serbuan JAIS yang dilapor mengganggu majlis makan malam  di gereja tersebut, tanpa sebarang waran pada 3 ogos lalu.

“Bagi pihak Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) Parti Keadilan Rakyat, berpendapat adalah lebih harmoni semua pihak samada pihak Gereja, JAIS atas pihak-pihak yang terlibat untuk mendapat maklumat yang tepat, duduk semeja dan mencari jalan penyelesaian.

“Sekiranya semua pihak memahami hak inklusif dan eksklusif masing-masing , tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Ahmad Kassim, perbincangan perlu dibuat ekoran percanggahan maklumat yang diperolehi JAIS dan Majlis Aids Malaysia (MAC).

JAIS bertindak atas maklumat bahawa kitab Injil dalam bahasa Melayu diagihkan kepada orang Melayu di majlis tersebut berkait dengan proses penyebaran agama lain ke atas umat Islam.

Manakala Majlis Aids Malaysia (MAC) menjelaskan bahawa majlis makan malam tersebut adalah untuk mengutip dana bagi membantu pengidap Aids.

Menurut Ahmad Kassim, kepelbagaian agama (Pluraliti) dalam negara ini merupakan suatu realiti yang mesti difahami oleh semua pihak.

“Kita perlu menerima hakikat ini secara positif dengan ketentuan Tuhan yang membawa banyak rahmat. Masing-masing agama harus memahami batasan yang dibenarkan dan sempadan yang tidak boleh dicerobohi,” katanya.

Bagi umat Islam, katanya, persoalan berkaitan dengan Aqidah adalah persoalan pokok, yang mempunyai batasan eksklusif yang harus difahami dan dihormati agama lain.

Namun Islam juga katanya, menghormati hak eksklusif agama lain seperti yang ditekankan dalam Al Quran.

“Oleh itu Islam melarang umatnya dari mencerca Tuhan-tuhan agama lain (rujuk surah Al-An’am ayat 108), penghinaan secara terbuka terhadap agama lain boleh membawa sifat prejudis mereka terhadap Islam.

“Bahkan kejahatan mereka yang melampau akan merugikan umat Islam apatah lagi dalam suasana sebegini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

  • Mustafa Tolong Dedahkan Segera Penglibatan Umno Dalam Isu Jais-Gereja
  • Pertemuan PAS-JAIS Batal Atas Nasihat Sultan
  • Dr Asri: Islam Agama Hujah, Tak Perlu Tindakan JAIS
  • Isu JAIS Serbu Gereja: PAS Tetap Bela Agama Lain
  • Apa Salahnya Makan Malam Di Gereja
  • Anda mungkin menyukai postingan ini

    Posting Komentar