Pakatan Akan Hapuskan Tol Jika Tawan Putrajaya

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol lebuh raya yang telah memperolehi keuntungan berlebihan
1 min read




Pakatan Akan Hapuskan Tol Jika Tawan Putrajaya

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol lebuh raya yang telah memperolehi keuntungan berlebihan selepas menawan Putrajaya dalam pilihan raya ke 13.


“Kita akan ringankan beban rakyat dengan mengambil tindakan terhadap konsesi tol macam Projek Lebuhraya Utara Selatan.


“Kos pembinaan PLUS ialah RM6 bilion. Kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan 24.3 bilion. Untung buta 18 bilion,” katanya.


Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun berkata tindakan tidak akan diambil terhadap syarikat konsesi yang tidak memperoleh keuntungan.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar petang ini.


Beliau menambah Pakatan Rakyat akan turut mengambil tindakan terhadap syarikat kroni Barisan Nasional sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban ekonomi kepada rakyat.


Lim menambah bahawa tindakan terhadap konsesi yang merupakan kroni BN telah pun dibincangkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.


`Jasad dan nyawa’


Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk benar – benar menjadi wakil majoriti suara kesederhanaan.


“Jika benar Umno dan BN mewakili suara kesederhanaan, tarik balik kata-kata “walau bercerai jasad dan nyawa, kita akan pertahankan kuasa di Putrajaya.”


Najib dilaporkan berkata demikian dua tahun lalu semasa perhimpunan agung Umno.


“Ini bukan kesederhanaan. Jika sederhana, terimalah keputusan rakyat,” kata tokoh veteran DAP tersebut.


Beliau turut mencabar Najib menjalankan proses transformasi terhadap akhbar Utusan Malaysia.




Artikel Berkaitan:


Misi Pakatan Rakyat Tawan Johor, Pertahan Selangor

Anwar Yakin Tawan Putrajaya

Pakatan Cabar Umno Mara Di Selangor, Ikrar Tawan Putrajaya

Pakatan Sedia Batal Akta Kampung Baru Jika Menang Putrajaya

Cukai GST – Rakyat Akan Lebih Menderita Jika Umno Barisan Nasional Menang PRU13

Anda mungkin menyukai postingan ini

  •  Daftar Pemilih : PAS Mohon Agong Campur TanganKUALA LUMPUR:  PAS memohon Yang di-Pertuan Agong campur tangan dalam isu pembersihan daftar pemilih melibatkan Suruhanjaya …
  •  Suara Pakatan RakyatAah PM @NajibRazak je yg tahu.. RT @atikahkhadir: @hafis_rashid wow busy mcm PM tak?? hahah :p4 hours ago@anwaribrahim @mediarakyatnet @AlorGajah @leekhai…
  •  Cukup 54 tahun, Tiba Masa Tukar Kerajaan- Samad SaidKUALA LUMPUR:   Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru rakyat Malaysia khasnya golongan muda supaya beran…
  •  Dawama: Kenapa Berlaku DemikianKUALA LUMPUR, 2 Ogos: “Persoalannya kenapa berlaku demikian?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berhubung kakitangan Dawama diberi cuti ta…
  •  DAP Says Prasarana Attempting Chinatown Land GrabKUALA LUMPUR:   The DAP has accused the Najib administration of using the Mass Rapid Transit (MRT) project as an ex…
  •  Dr Asri: Islam Agama Hujah, Tak Perlu Tindakan JAISISLAM adalah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah, kata bekas mufti Perlis Prof M…

Posting Komentar