Anwar Kemuka Bukti Dakwaan Saiful Palsu, Jalin Hubungan Dengan UMNO
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa tuduhan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, adalah palsu dan berniat jahat.
Anwar berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.
Malah katanya, Saiful juga mantan pelajar yang mempunyai hubungan dengan UMNO dan ikut serta dalam pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada riwayat sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.
“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengaruh atau tekanan mental ke atas dia, ini dapat dengan mudah dinetralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada izin,” kata Anwar ketika memberi keterangan dari saksi tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang, 28 Julai 2008 untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan.
Beliau menambah, pada peringkat itu, Saiful sepatutnya telah melarikan diri, namun tidak melakukan hal tersebut atas alasan takut.
“Dia tidak melakukan hal itu. Keterangan lain terkait hal ini dengan jelas menunjukkan bahwa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau lagi.
Menurut Anwar alasan Saiful bahawa dia diselubungi ketakutan adalah bercanggah dengan fakta kes tersebut,
Anwar selanjutnya berkata ketika disoal balas, Saiful mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah terjadi dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”
“Bagaimanapun, sangat jelas tidak ada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual mesra dengan saya.
“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebaliknya, dia menghadiri satu majlis PKR keesokan harinya,” kata Anwar.
“Di sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.
“Sikapnya seara total tidak konsisten dengan dakwaan bahwa dia telah dikasari,” tambah beliau.
Anwar juga berkata, Saiful tidak terus-menerus membuat laporan polis dan segera membuat laporan perubatan, sebaliknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Selain itu, Saiful juga dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, mantan ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa terjadi.
Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.
“Oleh itu jelas dari bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang Saksi yang benar,” katanya.