Akhbar Sinar Harian Kuda Tunggangan UMNO
TINDAKAN akhbar Sinar Harian sejak kebelakangan ini yang kerap menentang pendedahan pembangkang kini mula menimbulkan kebimbangan.
Jika sebelum ini laporan Sinar Harian kelihatan seimbang bagi membetulkan fakta yang dikemukakan namun bermula dengan kes Mismah dan diikuti nama-nama yang sebelum ini dituduh sebagai pengundi berganda seolah-olah memberi isyarat bahawa Sinar Harian memulakan langkah untuk berkonfrontasi dengan pemimpin pembangkang.
Pendedahan yang sedemikian rupa telah berjaya menarik perhatian ramai dan dengan tindakan Sinar Harian mematahkannya akan menyebabkan pemimpin pembangkang akan dianggap sebagai penipu dan suka membuat tuduhan melulu.
Sikap Sinar Harian ini bukanlah mengejutkan meskipun di masa yang sama akhbar ini seolah-olah memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang untuk menjelaskan sesuatu isu.
Untuk memahami dengan lebih lanjut, kita boleh menyorot siapa di sebalik Sinar Harian.
Ketua Pengarang Sinar Harian, iaitu Norden Mohamed adalah bekas pengurus Biro Tata Negara yang sudah tentunya mempunyai jiwa menebal terhadap perjuangan UMNO. Kita yakin Sinar Haian sudah mula mengorak langkah untuk menyerang Pakatan Rakyat memandangkan Pilihanraya Umum semakin hampir dan tidak menghairankan jika akan lebih banyak pendedahan yang merugikan Pakatan Rakyat dibuat oleh Sinar Harian selepas ini.
Oleh yang demikian,janganlah kita terlalu mudah percaya dengan akhbar Sinar Harian ini. Malah lebih elok jika kita tidak melanggannya langsung.