Suami Isteri Ditahan Polis Memiliki Kemeja-T Bersih

Seorang lelaki dan seorang wanita berumur 51 dan 48 tahun, yang dipercayai suami isteri ditahan polis kerana memiliki lima helai kemeja-T
1 min read

 




Suami Isteri Ditahan Polis Memiliki Kemeja-T Bersih

ALOR SETAR – Seorang lelaki dan seorang wanita berumur 51 dan 48 tahun, yang dipercayai suami isteri ditahan polis kerana memiliki lima helai kemeja-T Bersih dalam sekatan jalan raya di Jalan Kubang Rotan-Kuala Kedah dekat sini.


Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata ketika ditahan polis pada kira-kira pukul 9.05 malam Sabtu lepas, kedua-dua suspek menaiki kereta jenis Proton Wira dan semasa pemeriksaan, polis menjumpai lima helai kemeja-T Bersih dalam kereta berkenaan.


“Saya difahamkan mereka adalah pasangan suami isteri. Mereka ditahan mengikut Akta Pertubuhan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Isnin.


Sabtu lepas, seramai 14 orang yang dipercayai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan kerana cuba menghasut orang ramai untuk menyertai perhimpunan haram itu Sabtu ini

Anda mungkin menyukai postingan ini

  •  PAS Dakwa Ada Gerakan Jatuh Najib Dalam UmnoPAS hari ini mendakwa wujudnya ‘gerakan’ dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.NONES…
  •  Pemuda PAS Desak TV9 Tarik Balik Iklan SahurHarakahdailyKUALA LUMPUR, 4 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak ya…
  •  PAS Kesal Kenyataan Perdana Menteri, Mungkin Tarik DiriKUALA LUMPUR:   PAS hari ini melahirkan kekesalan terhadap kenyataan Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum …
  •  Pas jadi orang tengahVideo|August 9, 2011 4:07 pmTags: videoShare this post:Leave a Reply…
  •  PAS Terus Berdialog Dengan GerejaKEPALA BATAS:  Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat akan meneruskan pendekatan berdialog dengan pihak gereja seluruh negara walaupun seka…
  •  PAS Alukan Kenyataan SPR Guna Dakwat KekalKUALA LUMPUR:  PAS menyambut baik jika Pengerusi SPR membayangkan mahu menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke…

Posting Komentar