Pemuda PAS Desak TV9 Tarik Balik Iklan Sahur

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak
2 min read

 


Pemuda PAS Desak TV9 Tarik Balik Iklan Sahur

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam agama Islam.

Sehubungan itu, ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, DPPNS mengecam tindakan TV9 menyiarkan iklan berkaitan ibadah sahur yang secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

Dalam iklan tersebut telah mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur di mana penghujung iklan tersebut memaparkan bahawa si lelaki tidak sempat bersahur kerana telah berkumandang azan Subuh manakala si perempuan jirannya pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana berasa pasti si lelaki jirannya tidak sempat bersahur. (http://www.youtube.com/watch?v=NgITD5aEGqs&feature=player_detailpage)

“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” ujar Hasbullah kepada Harakahdaily.

Beliau menjelaskan, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah s.a.w. terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Menurutnya, sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah.

Katanya, sedangkan dalam Islam jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, DPPNS mendesak supaya TV9 menarik balik tayangan iklan tersebut dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di dalam negara ini.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

  • Lynas : Najib Harus Tarik Balik Kenyataan 17 Mac
  • Israel: Nik Aziz Gesa Anwar Tarik Balik Kenyaatan
  • Syabas Tarik Balik Saman
  • Hudud: Perkasa Gesa Soi Lek Tarik Balik Kenyataan Atau Tunggu PRU-13
  • Pemuda PAS Harap Tarik Balik Akta Kg Baru Bukan Gimik Politik
  • Anda mungkin menyukai postingan ini

    •  Akhbar Sinar Harian Kuda Tunggangan UMNOTINDAKAN akhbar Sinar Harian sejak kebelakangan ini yang kerap menentang pendedahan pembangkang kini mula menimbulkan kebimbangan.Jik…
    •  Kerajaan Perpaduan: Haji Hadi Perlu Jelaskan Dakwaan AlwiDATUK Seri Abdul Hadi Awang perlu tampil menjelaskan kepada rakyat, benarkah beliau ada berjumpa dengan mantan Perdan…
    •  Arif Sabri Ejen NajibSOAL kemasukan bekas ADUN Pulau Manis dari UMNO, Datuk Arif Sabri bersama seorang lagi bekas veteran UMNO Negeri Sembilan, Aspan Alias ke dalam DAP pada …
    •  Isu Zakat Jamil Khir Strategi Blogger UMNO DidedahPENULIS difahamkan bahawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharum telah memanggil sekumpula…
    •  Hassan Ali: Ancaman Kepada Kerajaan SelangorPAKATAN RAKYAT . Sebagai pemimpin kanan dan EXCO kerajaan negeri, Hassan Ali pasti menyimpan banyak maklumat dalaman dan sulit, …
    •  Hassan Ali: Ancaman Kepada Kerajaan SelangorPAKATAN RAKYAT tidak wajar menghentam Dato’ Dr. Hassan Ali secara keterlaluan kerana ia tidak memberi keuntungan malah mungkin men…

    Posting Komentar