Bersih : Jawatankuasa Khas Parlimen Tidak Bererti Bila Parlimen Bubar

mengenai penambahbaikan pilihan raya tidak akan membawa sebarang erti sekiranya pilihan raya umum dilangsungkan dan jawatankuasa itu kemudiannya dibub
1 min read

 


Bersih : Jawatankuasa Khas Parlimen Tidak Bererti Bila Parlimen Bubar

JAWATANKUASA KHAS PARLIMEN (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya tidak akan membawa sebarang erti sekiranya pilihan raya umum dilangsungkan dan jawatankuasa itu kemudiannya dibubarkan.


BERSIH 2.0 hari ini menyatakan kekecewaannya atas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pilih raya umum boleh diadakan bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan PSC. “Ini menyalahi tujuan dan semangat pembentukan PSC yang mana ia bermaksud menyelesaikan amalan pincang yang serius dalam proses pilihan raya.


“PSC akan menjadi tidak bermakna sekiranya parlimen dibubarkan sebelum sempat membentangkan laporannya kepada parlimen,” kata kenyataan bersama jawatankuasa pemandu BERSIH.


BERSIH menegaskan tuntutan bahawa pilihan raya tidak ditangguh melainkan cadangan tindakan segera seperti berkaitan pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal dan pendaftaran automatik dilaksanakan.


BERSIH juga berkata menjadi keutamaan PSC menjadi suruhanjaya diraja bagi mengkaji isu yang lebih besar berkenaan pilihan raya dan demokrasi seperti sistemnya, pertimbangan menyeluruh undang-undang pilihan raya dan keanggotaan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Anda mungkin menyukai postingan ini

  •  Hassan Ali: Ancaman Kepada Kerajaan SelangorPAKATAN RAKYAT . Sebagai pemimpin kanan dan EXCO kerajaan negeri, Hassan Ali pasti menyimpan banyak maklumat dalaman dan sulit, …
  •  Isu Zakat Jamil Khir Strategi Blogger UMNO DidedahPENULIS difahamkan bahawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharum telah memanggil sekumpula…
  • PETALING JAYA: Saat enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) menjalani cobaan berat di tahanan, sekelompok relawan inti tanpa lelah berkampanye untuk pembebasan mereka.Sekitar 10…
  •  KUALA LUMPUR : Umno didesak supaya mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pendirian parti itu menyokong hasrat Kelantan untuk melaksanakan hudud.“Umno sepatutnya sudah lama…
  •  Arif Sabri Ejen NajibSOAL kemasukan bekas ADUN Pulau Manis dari UMNO, Datuk Arif Sabri bersama seorang lagi bekas veteran UMNO Negeri Sembilan, Aspan Alias ke dalam DAP pada …
  •  Akhbar Sinar Harian Kuda Tunggangan UMNOTINDAKAN akhbar Sinar Harian sejak kebelakangan ini yang kerap menentang pendedahan pembangkang kini mula menimbulkan kebimbangan.Jik…

Posting Komentar