Beranikah Najib Berhadapan Dengan Datuk Seri Anwar?

YANG benar pasti menang. Itulah yang perlu kita pegang dalam membicarakan kes fitnah 2. Hari ini, hakim telah membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar
2 min read


Beranikah Najib Berhadapan Dengan Datuk Seri Anwar?

YANG benar pasti menang. Itulah yang perlu kita pegang dalam membicarakan kes fitnah 2. Hari ini, hakim telah membenarkan permohonan Datuk Seri Anwar untuk menemubual 15 saksi termasuk Najib dan Rosmah.


Maka, kita yakin tidak lama lagi segala-galanya akan terbongkar dan Najib pasti tersungkur. Nampaknya, strategi Datuk Seri Anwar untuk sengaja memanjang-manjangkan kes berhasil di mana akhirnya Najib akan terheret juga ke mahkamah.


Sumber dalaman memberitahu bahawa pihak pembelaan mempunyai bukti kukuh mengenai konspirasi yang diatur oleh Najib untuk memerangkap Datuk Seri Anwar. Antaranya, gambar Saiful bersama-sama Najib juga akan digunakan sebagai bahan sokongan.


Selain itu, difahamkan juga pihak pembelaan mempunyai hujah kejutan mengenai hubungan Najib dengan Saiful. Tidak dapat dipastikan dengan jelas apakah kejutan tersebut namun dari desas desus yang didengar kemungkinan besar ia hampir menyerupai pertuduhan yang dibuat terhadap Datuk Seri Anwar.


Jika ini benar, maka tahulah kita di mana pihak BN mendapat ilham untuk mereka-reka fitnah sedemikian terhadap Datuk Seri Anwar.


Datuk Seri Anwar dilaporkan begitu gembira dengan keputusan mahkamah pagi ini. Beliau yakin akan dapat ‘memerangkap’ Najib dan Rosmah agar mendedahkan bagaimana bukti-bukti diletakkan dan saksi-saksi dibayar agar tidak menyebelahi pihak pembela. “Kita akan tekan mereka sehingga terbongkar kes pembunuhan Altantuya,” begitulah antara yang didengar oleh sumber dalaman kita di mahkamah hari ini.


Suara Pakatan Rakyat yakin jika kesemua 15 saksi dapatditemubual oleh pihak pembela, bukan sahaja kes fitnah 2 akan selesai tetapi kes fitnah 1 juga akan dihakimkan semula. Ini kerana antara saksi yang dipanggil termasuklah mereka-mereka yang terlibat dalam kes fitnah 1.


Justeru, kita menaruh harapan tinggi yang nama Datuk Seri Anwar akan dapat dibersihkan sebersih-bersihnya selepas ini. Ini kerana walaupun beliau telah dibebaskan dalam kes fitnah 1 namun hujah pembebasan yang dibaca dan didokumenkan oleh ketiga-tiga hakim tetap menegaskan bahawa ‘liwat benar-benar berlaku’, menyebabkan ramai yang masih ragu-ragu dengan Datuk Seri Anwar.


Semoga perkembangan terbaru ini akan dapat memperbetulkan fakta ini bagi membolehkan keadilan ditegakkan dengan sebenar-benarnya.


Namun begitu, satu perkara yang masih memusykilkan kita ialah kesemua 15 saksi yang dipanggil punya hak untuk menolak untuk ditemubual. Jika kesemua mereka enggan bekerjasama, tentu akan menyukarkan keadilan dicapai.


Lagipun, apakah kita benar-benar percaya yang Najib berani untuk menjejakkan kaki ke mahkamah? Apakah kita benar-benar percaya yang Najib mampu bersemuka dengan Datuk Seri Anwar? Sedangkan nama Anwar dan warna kuning juga sudah cukup untuk membuat Najib fobia?


Kita tidak yakin yang Najib akan bersetuju untuk ditemubual kerana Najib sedar siapalah dirinya berbanding Datuk Seri Anwar. Najib tentu gentar berhadapan dengan orang yang difitnahnya, apatah lagi dengan karisma dan kehebatan Datuk Seri Anwar berhujah.


Apapun, kita tunggu dan lihat episod seterusnya dan sabar menunggu kejutan yang dijanjikan. Semoga kemenangan berpihak pada yang benar.


Oleh: Azman Ariffin

Anda mungkin menyukai postingan ini

  •  Hassan Ali: Ancaman Kepada Kerajaan SelangorPAKATAN RAKYAT . Sebagai pemimpin kanan dan EXCO kerajaan negeri, Hassan Ali pasti menyimpan banyak maklumat dalaman dan sulit, …
  •  Arif Sabri Ejen NajibSOAL kemasukan bekas ADUN Pulau Manis dari UMNO, Datuk Arif Sabri bersama seorang lagi bekas veteran UMNO Negeri Sembilan, Aspan Alias ke dalam DAP pada …
  •  Isu Zakat Jamil Khir Strategi Blogger UMNO DidedahPENULIS difahamkan bahawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Jamil Khir Baharum telah memanggil sekumpula…
  •  Hassan Ali: Ancaman Kepada Kerajaan SelangorPAKATAN RAKYAT tidak wajar menghentam Dato’ Dr. Hassan Ali secara keterlaluan kerana ia tidak memberi keuntungan malah mungkin men…
  •  Akhbar Sinar Harian Kuda Tunggangan UMNOTINDAKAN akhbar Sinar Harian sejak kebelakangan ini yang kerap menentang pendedahan pembangkang kini mula menimbulkan kebimbangan.Jik…
  •  Kerajaan Perpaduan: Haji Hadi Perlu Jelaskan Dakwaan AlwiDATUK Seri Abdul Hadi Awang perlu tampil menjelaskan kepada rakyat, benarkah beliau ada berjumpa dengan mantan Perdan…

Posting Komentar