PR: Pakatan Desak Sidang Parlimen Tergempar

PETALING JAYA, 3 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen
1 min read

 


PR: Pakatan Desak Sidang Parlimen Tergempar

Oleh:Hazayani Zakaria

PETALING JAYA, 3 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika membuat pendedahan mengenai bukti perubahan status PR ini berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara.

“Penduduk tetap yang ikut prosedur biasa untuk dapatkan kerakyatan mengambil masa sehingga 10 tahun dan lebih, tapi bukti yang kita dedahkan ini menunjukkan mereka mendapat warganegara dalam masa beberapa jam,” kata beliau pada sidang media di pejabat Pakatan Rakyat, seksyen 16, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum itu memdedahkan beberapa nama yang bertukar status daripada PR kepada warganegara yang diperoleh daripada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri.

Turut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan

Ahli Parlimen Bukit Bendera  Liew Chin Tong mewakili DAP.

(Sumber : HarakahDaily)

Artikel Berkaitan:

  • Bersih 2.0 Kecewa Parlimen Tidak Bahas Laporan PSC
  • Mesir : Pas Gesa PM Tuntut Sidang Tergempar OIC
  • Jawatankuasa Khas Parlimen: Pakatan Rakyat Usah Jadi Flip-Flop
  • Najib, Nazri Didakwa Hina Parlimen
  • Bersih : Jawatankuasa Khas Parlimen Tidak Bererti Bila Parlimen Bubar
  • Anda mungkin menyukai postingan ini

    Posting Komentar