Kristian cuba porak perandakan Malaysia?

APAKAH undang-undang mengenai perkahwinan sejenis di Malaysia
2 min read

 


Kristian cuba porak perandakan Malaysia?

APAKAH undang-undang mengenai perkahwinan sejenis di Malaysia?  Setahu penulis, sedangkan lesbian dan homoseksual juga adalah salah dari segi undang-undang maka tentunya perkahwinan sesama mereka lebih salah lagi sehingga tidak logik pun untuk dibincang atau didebatkan.

Tetapi, kerajaan UMNO yang masih bermimpi kononnya sokongan Melayu sudah kembali kepada mereka dan kini bertungkus lumus mengambil hati minoriti termasuk golongan ‘luar-tabie’, terus membiarkan isu ini berlarutan tanpa tindakan.  Sana-sini orang Melayu mula merungut kehairanan, kenapa perkahwinan sejenis ini menjadi isu sedangkan ia sudah termaktub sebagai satu kesalahan.  Katakan saja ia tidak dibenarkan, ambil tindakan dan tutup buku – habis cerita.

Malangnya ini tidak berlaku kerana kerajaan UMNO terlalu sibuk mengejar undi minoriti sehingga mengabaikan perasaan majoriti yang semakin hari semakin musykil dan marah melihat undang-undang, agama dan bangsa dipijak dan diperlekehkan.

Najib nampaknya tidak sedar yang dia sudah mengulangi kesilapan Pak Lah yang ditolak rakyat mentah-mentah kerana terlalu menjaga hati minoriti.  Inilah akibatnya apabila Najib dikelilingi penasihat yang sama dari zaman Pak Lah.  Pandangan majoriti dibakulsampahkan, nasihat dan teguran diabaikan konon golongan ini tidak cukup bijak untuk memberi pandangan, tetapi pandangan minoriti diberi keutamaan dalam membentuk dasar-dasar kerajaan termasuk dalam soal GLC seperti Petronas yang kini jelas menidakkan jasa dan kebijaksanaan orang Melayu yang telah terbukti berjaya serta mengambil orang luar dan bukan Melayu yang pastinya tidak akan membuka ruang untuk Melayu lagi pada masa hadapan.

Namun, Najib dari satu segi kelemahan Najib nampaknya melebihi Pak Lah sehingga sanggup meringankan masalah pelampau Kristian.  Sejak kes Lina Joy yang dimurtadkan sehinggalah sekarang di mana mereka beroperasi melalui pusat-pusat tuisyen dan pusat komuniti, masih tiada apa-apa tindakan terhadap puak-puak Kristian ini.  Kini pihak Kristian semakin melampau apabila membiarkan saja pastor mereka melanggar undang-undang negara dan ajaran Kristian sendiri.

kes liwat sering dilaporkan membabitkan padre-padri di gereja-gereja di barat, maka Kristian di Malaysia juga mula menerima liwat atau homoseksual sebagai sesuatu yang sah?   Apakah semua Kristian di Malaysia sudah menjadi liberal?

Dengan kerajaan yang sebegini lemah, kita tidak hairan bagaimana moral masyarakat Malaysia tanpa mengira latarbelakang agama menjadi semakin buruk.  Walaupun dari golongan yang sepatutnya dianggap kuat agama sama ada Kristian ataupun Islam, masih ramai yang menghadapi masalah moral.

Sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan terhadap pelampau Kristian liberal ini yang mengganggu,  menimbulkan ketidakselesaan dan ketegangan di Malaysia. Apa yang ditunggu lagi agaknya?

Oleh:  Azman Ariffin

Artikel Berkaitan:

  • Sekat Pemerhati Luar : SPR Cuba Sembunyikan Sesuatu?
  • DAP Agen Kristian: Ahmad Maslan Menempah Keranda Untuk UMNO
  • ‘Negara Kristian’: MP Gesa Gantung Permit Utusan
  • Abim: Wacana Syor Kajian Laksana Hudud ‘Secara Serius’ Di Malaysia
  • Panas!! Pelajar Islam Dedah Di Ajar Nyanyi Lagu Kristian
  • Anda mungkin menyukai postingan ini

    Posting Komentar