Kreadibiliti SPR Semakin Di Persoal, Seorang Lagi Bekas ‘Staff’ ATM Mengaku Memangkah Undi Pos! — Suara Pakatan Rakyat

AMPANG: Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipertikai apabila seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1 min read

 


Kreadibiliti SPR Semakin Di Persoal, Seorang Lagi Bekas ‘Staff’ ATM Mengaku Memangkah Undi Pos! — Suara Pakatan Rakyat

AMPANG:   Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipertikai apabila seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil mengaku menanda hampir 500 kertas undi pos di kem Sandakan pada pilihan raya umum 1986. Mohd Nasir Ahmad yang berkhidmat selama 19 tahun dengan ATM menjelaskan pada ketika itu beliau bersama seorang rakan terpaksa akur kepada arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tentera walaupun menyedari kesalahan yang bakal dilakukan. “Saya disuruh buka karung undi dan diarahkan untuk memangkah kertas undi sebanyak 900, dan dibahagi dua bersama rakan. Undi adalah mengikut citarasa saya dan saya sedar telah ambil hak orang lain,” jelas beliau dalam sebuah forum anjuran Dewan Pemuda Pas Malaysia. Antara ahli panel terdiri daripada Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat dan AJK Pas Johor, Mohd Mohzit Mohid yang berpengalaman menjadi agen parti pada waktu pilihan raya.

[Forum yang berlangsung kira-kira dua jam itu antaranya mendedahkan kesalahan pilihan raya berkaitan undi pos yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu dan Bagan Pinang beserta bukti melibatkan komplot SPR dengan parti Barisan Nasional (BN). Ini termasuk 62 peratus undi petugas SPR yang tidak dikembalikan dipercayai telah dijual ke pasaran gelap untuk tujuan manipulasi keputusan undi agar berpihak kepada parti BN di Sibu. Tambah Suhaizan, PRK Sibu yang dimenangi Pakatan Rakyat dengan perbezaan 7.5 peratus mengalahkan BN mempunyai perbezaan amat ketara pada undi pos di mana PR hanya memperoleh 70 undi berbanding BN sebanyak 2,323 undi. Perkara lain yang turut dibincangkan dalam forum tadi termasuk isu berkempen di dalam kem-kem polis dan tentera, undi awal, undi dua kali, pengundi hantu serta terbaru, sistem biometrik].

Anda mungkin menyukai postingan ini

  •  Ketua Pembangkang: Ku Li Paling LayakOleh:  Azman AriffinDesas-desus bahawa Ku Li akan menyertai Pakatan Rakyat merupakan berita baik bagi rakyat Malaysia.  &n…
  •  Kehebatan Anwar IbrahimVideo|August 2, 2011 4:50 pmArtikel Berkaitan:Tanpa Anwar Ibrahim, PKR Tetap BerjuangAnwar Ibrahim Bukan Umat Nabi Muhammad S.A.W?Anwar Ibrahim: No One…
  •  Kerjasama FBC-APCO Tonjol Imej Pemimpin Barisan NasionalPETALING JAYA:  Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor mendakwa FBC Media bekerjasama rapat dengan AP…
  •  Azmin Wajar Dilantik Ketua Pembangkang Yang BaruWALAUPUN pahit, nampaknya Pakatan Rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa pembelaan diri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini tid…
  •  ‘Kami Dilayan Macam Banduan’JOHOR BAHRU – Seramai 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU) di sini mendakwa mengalami penderaan fizikal dan dila…
  •  Kalau Macam Nii..Umno “Putih Mata” Nak Ambil PP Semula..??Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan bayaran elaun khas itu kepada 238 anggota penguatkuasa dan 178 pek…

Posting Komentar