Harap Pilihanraya Bersih Macam Minta Sisik Ikan Keli

KUALA LUMPUR: “Nampaknya mengharapkan kerajaan BN melaksanakan pilihan raya secara bersih
1 min read

 


Harap Pilihanraya Bersih Macam Minta Sisik Ikan Keli

KUALA LUMPUR:  “Nampaknya mengharapkan kerajaan BN melaksanakan pilihan raya secara bersih seperti meminta sisik daripada ikan keli,” ujar AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya, seperti yang dijangka memang penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen hanyalah gimik untuk menutup lubang kelemahan daftar pemilih yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan jawatankuasa itu sebagai reaksi Pakatan Rakyat meminta beliau mengadakan sidang khas untuk membincang kepincangan dalam daftar pemilih.

“Tindakan Datuk Seri Najib seperti kita minta teh tetapi yang diberi ialah kopi,” kata Idris dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, jika Najib jujur supaya perjalanan pilihan raya bersih dan telus, maka beliau akan menggunakan kuasa yang ada kepadanya untuk menangguhkan pilihan raya sehingga dipastikan daftar pemilih dapat dibersihkan.

“Sebaliknya, beliau menyatakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan,” ujarnya lagi.

Ketika bercakap kepada media selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Najib berkata PRU 13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan.

Perdana Menteri berkata, tarikh sebenar bila pilihan raya umum hendak diadakan tiada sebarang kaitan dengan jawatankuasa tersebut, walaupun ia ditubuhkan bagi tujuan menambah baik sistem pilihan raya agar tidak timbul syak wasangka.

Artikel Berkaitan:

  • Bersih 3.0 Perlu Dan Mesti – Presiden PAS
  • Audit Antarabangsa Boleh Bersih Daftar Pemilih
  • Bersih : Jawatankuasa Khas Parlimen Tidak Bererti Bila Parlimen Bubar
  • Khuatir Kemunculan Bersih 3.0, Akhirnya Najib Umum Jawatan Kuasa Reformasi Pilihanraya
  • Kontroversi IC Bukti Desakan Bersih Wajar – Maria Chin
  • Anda mungkin menyukai postingan ini

    •  Surat Terbuka Untuk PM Dari Nurul Izzah AnwarSurat terbuka untuk:Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak.Adalah tidak bermoral …
    •  SPRM Sahkan Bazar Tok Guru Bebas RasuahKOTA BHARU, 1 Ogos: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan mengesahkan tiada unsur rasuah dalam isu Bazar Tok Guru sela…
    •  Suaram: Bourdon’s Deportation A BoonPETALING JAYA:   The deportation of French human rights lawyer, William Bourdon, has turned out to be instrumental in drumming u…
    •  SPR Dilapor Mula Lantik Pegawai Pengurus PilihanrayaSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula melantik pegawai pengurus pilihan raya bagi semua kawasan pilihan raya – satu petanda …
    •  Suara Pakatan RakyatLaman anti Tan Sri Taib Mahmud Sarawak Report mendakwa, ketua menteri Sarawak itu membayar RM15 juta kepada syarikat perhubungan awam bagi menaikkan imejn…
    •  Sodomy II: Anwar Can Call Najib, Rosmah Subject To Their ConsentKUALA LUMPUR:   The High Court has allowed Datuk Seri Anwar Ibrahim’s applications to call 15 key wi…

    Posting Komentar