Cincin 24.4 Juta : Kompas Hilang Kredibiliti Kerana Najib Altantuya

SUDAH dijangka.Penafian Najib Altantuya serta permohonan maaf akhbar paling berpengaruh di Indonesia itu sememangnya dibuat secara kebetulan.
3 min read

 


Cincin 24.4 Juta : Kompas Hilang Kredibiliti Kerana Najib Altantuya

SUDAH dijangka.Penafian Najib Altantuya serta permohonan maaf akhbar paling berpengaruh di Indonesia itu sememangnya dibuat secara kebetulan.

Semuanya berkebetulan, tak disengajakan.

Akan tetapi, setelah kita meneliti satu persatu kenyataan Kompas yang diterbitkan hari ini, tidak mustahil Kompas telah “dibayar” untuk menutup pendedahan yang diterbitkan akhbar sama tiga minggu lalu.

Semacam ada yang tak kena seolah-olah kenyataan Kompas dengan Najib Altantuya dibuat selang dua hari saja.

Sedangkan media lebih besar seperti BBC dan CNN boleh dibayar untuk menutup aib Najib Altantuya dan Taib Mahmud, inikan pula akhbar serantau seperti Kompas.

Soal cincin RM24.4 juta yang didedahkan pemimpin Pakatan Rakyat di Malaysia yang kemudian dipetik dan disiasat Kompas hingga terbongkar skandal lebih besar seperti bakal besan Najib Altantuya, Maira Nazarbayev sebenarnya datang dari keluarga Mafia Rusia membuatkan Kompas mungkin “ditekan” pemerintah Indonesia sendiri, tidak dapat dinafikan.

Bagaimanapun, Najib Altantuya memilih untuk “memalukan” Kompas seterusnya merosakkan kredibiliti akhbar luar negara hanya untuk menutup aib yang sudah terdedah.

Kompas sudah hilang kredibiliti, semuanya disebabkan seorang manusia gila kuasa bernama Najib Altantuya.

JALAN PULANG

Akhbar Indonesia Kompas hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan keluarganya atas satu laporan — berkaitan cincin berlian — yang disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.

Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan yang mengaitkan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang telah dinafikan kebenarannya dan juga cincin berlian berharga AS$24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan oleh Rosmah.

Pertengahan bulan lalu Rosmah berkata laporan beberapa blog mengenai cincin itu satu fitnah.

Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.

“Atas berita tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada ketua kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, hari ini dipetik oleh Bernama Online.

Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk “PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia”, tulisan wartawan kanan Kompas Jimmy S. Harianto.

Harianto yang dihubungi Bernama pada Jumaat lalu berkata beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya, pada Khamis.

Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.

“Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali,” Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto hari ini.

“Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali,” kata Najib.

Pada pertemuan dengan Najib itu, Harianto turut mengadakan wawancara khas dengan Perdana Menteri berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Najib yang ditanya mengenai harapan Malaysia kepada Indonesia sebagai negara jiran dan Pengerusi Asean kali ini, berkata beliau mengharapkan hubungan dua hala yang sangat akrab, ibarat hubungan dua negara jiran yang mempunyai warisan yang sama dan erat daripada segi sejarah.

“Hubungan budaya, agama, dan hubungan kekeluargaan (Najib keturunan ke-11 daripada Kerajaan Gowa, Sulawesi Selatan).

Artikel Berkaitan:

  • Najib Bazir RM84 Juta Untuk Tutup Skandal Altantuya
  • Najib Enggan Siasat Musa-Gani, Takut Rahsia Altantuya Terbongkar
  • Muslihat Di Sebalik Permohonan Maaf Kompas
  • Apa Erti Di Sebalik Permohonan Maaf Kompas Pada Najib, Rosmah
  • Kompas Mohon Maaf Kepada Najib
  • Anda mungkin menyukai postingan ini

    Posting Komentar