Bonus 2 Bulan Akan Menangkan PR
Bonus 2 Bulan Akan Menangkan PR
PAKATAN Rakyat tak perlu gundah gulana dengan pengumuman bonus setengah bulan gaji dan RM500 kepada para pesara kerajaan kerana jumlah tersebut adalah rendah. Kita yakin, PR pada bila-bila masa mampu mengatasi jumlah ini dengan memberi bonus dua bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri di empat negeri yang diperintah oleh PR.
Perlu diingatkan bahawa kerajaan pusat akan membentangkan bajet negara pada 7hb Oktober nanti di mana ia pasti merupakan bajet pilihanraya yang penuh dengan gula-gula dan janji-janji manis.
Namun, jika PR bertindak segera mengumumkan 2 bulan bonus seperti yang dicadangkan laman ini, pastinya ia akan mampu menggugat BN sekali gus sokongan kakitangan kerajaan pusat sendiri terhadap majikan mereka. Ini kerana, dengan keadaan ekonomi dan pasaran saham yang ‘mendung’ kerajaan pusat tidak mungkin mampu memperuntukkan bonus tambahan dalam pembentangan bajet tersebut nanti.
2 bulan bonus adalah apa yang dicadangkan oleh Ceupecs, dan PR akan dilihat sebagai mengikut kehendak rakyat jika melaksanakan tuntutan tersebut. Tindakan ini juga akan dilihat sebagai menepati ciri-ciri negara kebajikan yang dilaungkan.
PR perlu berfikir jauh ke hadapan jika benar-benar serius ingin menguasai Putrajaya. Peruntukan 2 bulan bonus bukanlah besar jika dibandingkan dengan impian yang telah lama terpendam untuk menguasai negara.
Selama ini, pembentangan bajet alternatif PR tidak pernah dipandang serius walaupun oleh penyokong-penyokong PR sendiri. Bajet alternatif PR dipandang sepi kerana rata-ratanya ramai yang masih melihat PR hanya sebagai pembangkang dan bukan pemerintah, walaupun di negeri-negeri yang dikuasai PR.
Inilah peluang untuk PR melonjakkan imej, sekali gus moral penyokong-penyokong. ‘Bonus 2 bulan PR VS bonus 1.5 bulan BN’ pastilah banyak bezanya. Pemimpin-pemimpin PR tidak perlu takut dikritik konon cuba membeli undi kerana menghargai penyokong adalah berbeza samasekali dengan membeli penyokong. Takkanlah kita perlu menang terlebih dahulu baru hendak ditunjuk penghargaan terhadap penyokong? Bukankah penghargaan perlu ditunjuk sekarang sebagai motivasi kepada penyokong?
Lebih dari itu, bonus 2 bulan bukan sahaja akan menggembirakan penyokong-penyokong PR tetapi juga akan membuktikan bahawa kerajaan negeri pimpinan PR mampu menjana kewangan dengan baik. Jika selama ini PR dikritik konon tidak pandai mentadbir dan gagal menjana pendapatan negeri, dengan pemberian bonus inisemua pihak akan menutup mulut kalaupun tidak terngaga kekaguman.
Diharap pihak kepimpinan PR sedia menimbangkan saranan Suara Pakatan Rakyat ini demi untuk masa depan parti.
Oleh: Azman Ariffin
Artikel Berkaitan:
Kerajaan Pinjam IMF Bayar Bonus
Negeri Pakatan Rakyat Wajar Umum 3 Bulan Bonus
Selangor Tak Bubar Dun Jika PRU Kurang 6 Bulan
Anwar Dakwa Sabah, Sarawak Akan Terpinggir
Bonus Raya